Powered By Blogger

Friday, 31 July 2015

Nasi Kandar murah belakang GMi

Nasi Kandaq

Meh nak cita sikit.Aku asai Kelantan,agak rare jugak lah nasi kandar dimata suci ini.Huhu.First time makan pun masa umoq dah 20.Selalunya beli belakang GMi (tempat aku belajaq) sebab murah,dulu RM3.50,sekarang RM4.00,dah laku mesti naik harga.Dah rasa best aku try la beli yg mahai sikit dekat restoren,mahai sikit takpa aihh sekali sekala.Masa nak order tu aku cakap la "Taknak sambal belacan eh",pelayan tu habaq mai balik dekat aku "Nasi kandaq ori memang takda sambal belacan dik"..Malu aihh aku masa tu,dia siap gelak lagi,seb baik lawa..Bukan pa,selalunya aku beli yg belakang GMi tu ada sambai belacan.Alang-alang dah ceghita,meh la nak share sikit resepi dan cara-cara untuk menyediakan nasi kandaq ori kat hampa suma nohhhh... Dari resepinasikandar.blogspot.com/









(Sesuai untuk 4-6 orang)


Bahan-Bahan untuk Nasi
·         3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.)
·         4½ mug air
·         2 inci halia (diketuk)
·         4 ulas bawang putih (diketuk)
·         2 sudu besar majerin
·         3 ketul kuib ayam
·         2 helai daun pandan
·         9 biji Bawang Merah Kecil
·         4 ulas Bawang Putih
·         3 batang Kayu Manis
·         4 biji Bunga Cengkih
·         Cabai Kering
·         2 biji Tomato
·         Serbuk Kari Ayam
·         1 dada Ayam
·         1 Yogurt
·         2 cawan Beras
·         2 helai Daun Pandan
·         Daun Kari
·         Air Mawar

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi


1) Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam.
2) Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
3) Panaskan periuk dan cairkan majerin.
4) Masukkan bawang putih dan halia.
5) Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit.
6) Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
7) Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi.
8) Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak.
9) Leraikan dengan garfu setelah nasi masak.

Cara-Cara untuk Menyediakan Kari Ayam Kering Penang


1) Hiris 5 biji bwang merah kecil, 4 biji bawang putih dan tomato di belah 4.
2) Selepas itu 4 cabai kering di belah 2.
3) Dada ayam dipotong kuib.
4) Panaskan kuali dengan 5 sudu minyak, kemudian tumiskan bawang merah kecil, bawang putih, 4 biji bunga cengkih dan satu kayu manis.
5) Apabila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan cabai kering dan 3 sudu besar serbuk kari.
6) Kacau sehingga ayam itu masak dan kemudian masukkan tomato.
7) Masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
8) Renehkan sehingga agak hampir kering dan masukkan yogurt.

No comments:

Post a Comment